DIARY OWNER LINKIES TUTOBIES +FOLLOW Home

Disclaimer

A girl who just unofficially, turned egg-teen.
Strive for jannah :)

Chit-Chat

YOUR CBOX CODE

Thanks to

Template :Zahra
Basecodes :Ino|Arrien|Wana
Edited :Myself
Throwback, KKJ/SBPI KLANG T-T
Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah, rasanya belum terlambat kan nak ucapkan tahniah buat sahabat sahabat batch 98, terutama miftahul asywaq tercinta! atas keputusan yang cemerlang, inshaAllah. straight As atau tak, semoga keputusan yang kita terima mampu cemerlang di pandangan Dia. inshaAllah.

Dan,

Here I am.

Dahlama tak menulis, tapi nak jugak menulis sebab rindu. Haih. So kalau nak dikira-kira, lebih kurang 3-4 bulan dah aku tamat zaman persekolahan. tet, zaman kolej pls pls ha ha. Allahu, sungguh rasa rindu sangat dekat kengkawan. hua!

So, kat sini nak kongsi pengalaman bergelar pelajar kisas kan. Tiap tahun makin berubah-ubah, aku faham kekadang yang nak masuk kisas tu. Macam aku dulu, sanggup survey, baca blog sana sini (blog alkis). Tak kurang jugak stalk fb Kisas Official. HA HA stalker tegar kan. Semata-mata nak kenal, apa itu kisas. Tapi tak cukup. Kena masuk jugak, jadi student dekat sini. Lepastu baru tahu macam mana. Rasa dia, macam susah aku nak gambarkan. Dalam pahit ada manis, ha cenggitula.

Ok ok ok nak cerita dari zaman form 4, orang panggil zaman kena tarbiah. Nama batch aku, SPM 2015 (MIFTAHUL ASYWAQ; mohon jangan ada warga miftah yang baca, alahai malu sis)

1st day daftar, 05022014. Nama dewan kisas, Dewan Muttaqin al-Muthaqqafin. Sekarang dah cantik tau, pengetua ustaz omar dah letak scallop2 bagai. huuuuuuuiii..... ok memula sampai je, ada akak sambut. alahai, dahla cantik. ok akak akak yang keje sambut orang ni dipanggil college sister/college brother. diorang nila yang akan tolong, dari keluar kereta sampai la mak ayah balik masuk kereta, gituh. sis takdela terkejut sangat, memandangkan dah pernah baca entry alkis sebelum masuk kisas. hewhew. tapi, respect la. cs sis ni baiiiiiiikkkkkkgileeeee cantiiiiiiiiikkkkkgile huahua. ok lepastu masuk dewan, ustazah hasya kasi kertas/fail, rasa macam kertas hewhew. memula dapat warna hijau tak silap. tetiba.......... ustazah tukar warna merah! alhamdulillah, i'm omarian. sama dengan cs pulaktu. yang cs ni pulak happy lah, sebab kita sama.

then, cs ni la yang tolong daftarkan, bawak pergi sana sini. angkatkan beg semua. (memang semua tu tugas cs/cb, fyi hehehehe)

-------panjang pulak, taklarat nak type.-------------

okay dah habis, ibu pun dah balik semua, masuklah dorm, kemas barang. kenal kenal dgn budak dekat2 katil je dulu. sis segan, ahahaa yela 1st time masuk asrama kot. sbp pulaktu. kisas terutama. hahahaha. petang tu, masuk dm. taktahu pulak kena pakai stokin. kalut laa prgi amik stokin. dah masuk dm tu, kena pulak duduk ikut rumah. dia macam nak oooooooooooooo besar besar, baru tahu. hahaha ingat makan ikut suka hati je. dekat dm je dah banyak rules. nak tahu? okay ini dia;

1) WAJIB PAKAI STOKIN, SCARF (sebab letak pinggan dekat luar, dibuatnya ada orang lain mc mana?
2) TAKBOLEH PAKAI SELUAR, KECUALI MINUM PETANG
3) TAKBOLEH BISING, KENA DIAM, NAK CAKAP SLOW-SLOW
4) KERUSI TAKBOLEH SERET, ANGKAT KERUSI KENA DIAM

basicnya macam tu lah, disamping kena turun ikut waktu, dsb. kalau tak, kometri ambil nama, potong markah rumah. haaaaaaaaa. lambat je kena potong markah tau. sobsob.

dan makan malam, mula dgn baca mathurat. lepastu doa, makan. ada announcement, dan paling seronok ada birthday wish. sis ingat lagi, masa form 5 birthday takboleh nak di-wish sebab elektrik takde. masa tu, satu klang takde elektrik. T-T tapi pkr kesayangan buat jugak announcement. awh, ni yang bertambah rindu ni.

lepas makan, boleh naik dorm n siap-siap barang untuk turun pergi liqa hasanah, atau pergi solat maghrib berjemaah. dulu kitorang je. sekarang muslimin pun berjemaah dekat aspuri. so, maghrib-isyak berimamkan muslimin lah (school days)

malam tu mula la zaman pentarbiahan form 4. minggu orientasi, seminggu. tapi sebenarnya, setahun adikadik! ahahaha bergermbira lah. sebab apa? sebab form 4 akan kena pakai tag, usung la kemana-mana. kecuali solat, toilet, pergi sekolah. pergi sekolah kena pakai kad matrik okay!

esok paginya, kitorang ada exam untuk tentukan streaming kelas. sekarang takde dah kot, taktahulah. tapi yang pastinya form 5 ada streaming kelas ikut pencapaikan diagnostik akhir tahun form 4 kita. haih, awal awal dah ada exam kan. pusing aaaaaah gini'. memang tak dapat lah citer dia kelas streaming tu. bye 401-403. sis stay je kelas legend 405 :B

dah bermula lah kehidupan. banyak program. packed jugak jadual. tapi alhamdulillah, aku taktahu kenapa. tapi seronok. at least takdelah masa terbiar dgn perkara lagha. hm, rindu betul duludulu. hua T-T tapi ada akak tu cakap, busy kat kisas ni prepare kan diri kita untuk hadapi busynya hidup dekat uni nanti. inshaAllah.

okay panjang ni, baru sampai form 4. belum lagi form 5 dengan cabaran itu dan ini. wahwah. rindu sangat. Allahu..

weh panjangnya. takpela. stop dulu. sebab sekarang tengah busy nak settlekan upu, biasiswa, dll. doakan sis ya! huhu. lain masa kita cerita kisas lagi.

The Sakura's handwriting, at 2:52 PM 0 Quote[s]

? ?